Wednesday 12 December 2012

Lagu Kereta Merah




Marilah kita belajar tajuk mengenai nama kenderaan dan pengangkutan.

Pengangkutan pada masa kini dibahagi kepada tiga jenis iaitu pengangkutan di udara , pengangkutan di darat dan pengangkutan di laut. Walaubagaimanapun, ketiga – tiga jenis pengangkutan ini banyak membawa faedah kepada kita. Kenderaan yang biasa kita lihat ialah kereta, basikal, kapal terbang, kapal dan sebagainya. Sekarang marilah kita mempelajari tajuk mengenai nama kenderaan dan pengangkutan!



Mengenal Warna

 

 

Monday 10 December 2012

Latihan Abjad



Tulis huruf kecil bagi abjad di bawah.

1.B  (     )         2. H (     )      3. V (     )    4. F (     )          5. Y (     )

Jawapan:
1.b           2. h         3. v           4. f                5. y 

Tulis huruf besar bagi abjad di bawah.

1.j (     )         2. z (     )             3. k (     )     4. s (     )         5. d (     )


Jawapan:
1.J         2. Z            3. K             4. S                5. D

Isikan huruf.      






Marilah kita belajar tajuk mengenai warna .
Warna ialah kesan yang didapati oleh mata daripada cahaya yang dipantulkan oleh benda – benda yang dilihatnya. Kita perlu tahu membezakan warna kerana setiap warna mempunyai nama tersendiri. Warna mempunyai banyak kegunaan kepada kehidupan kita. Misalnya, kita membezakan berjalan, berhenti dan bersedia untuk berhenti di jalanraya dengan menggunakan warna hijau, merah dan kuning dalam lampu isyarat. Oleh itu, marilah kita belajar tajuk mengenai warna bersama – sama! 





Wednesday 14 November 2012

Menulis Abjad | Huruf Aa - Zz


 MENULIS ABJAD | HURUF KECIL & BESAR


 

KAEDAH PANDANG DAN SEBUT

Kaedah pandang dan sebut datang dalam keadaan ramai kanak-kanak tidak boleh membaca dengan menggunakan kaedah abjad . Berpadanan dengan namanya, kaedah ini meminta kanak-kanak menghafal pola-pola sukukata yang ada dalam bahasa Malaysia. Uniknya bahasa Malaysia adalah kerana pola-pola sukukatanya jelas dan pola-pola sukukata yang ada dalam bahasa malaysia ada lebih daripada 1000 pola-pola untuk dihafal. Mengikut kajian, jumlah 2000 ke 3000 adalah satu jumlah yang masih boleh diterima hafal oleh anak kecil kita.
Sama dengan kaedah mengeja, kaedah pandang dan sebut juga tidak termasuk antara kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengajar kanak-kanak membaca bahasa Inggeris. Sebabnya bahasa Inggeris tidak mempunyai sukukata yang jelas. Kaedah pandang dan sebut tidak memerlukan kanak-kanak untuk mengeja atau membatangkan ejaan. Kanak-kanak hanya perlu mengecam dan menghafal tulisan dan gabungan bunyi dua, tiga atau empat huruf lalu menyebut terus contohnya:-
• ba bi bu be bo (untuk 2 huruf )
• ban bin bun ben bon (untuk 3 huruf)
• bang bing bung beng bong (untuk 4 huruf)
Kaedah ini adalah lebih mudah untuk mengajar kanak-kanak menggunakan kad-kad imbasan seperti cara yang diperkenalkan oleh Glen Doman. Pola-pola sukukata ditulis di atas kad-kad imbasan dan diimbaskan kepada kanak-kanak. Setiap perkataan ditulis di atas kad-kad manila yang dipotong kecil dan diimbaskan kepada kanak-kanak dengan cepat. Rasionalnya,kanak-kanak dikatakan mempunyai ingatan foto
“photographic memory “. Sebab itulah, ia hanya perlu diimbas dan setiap perkataan yang diimbaskan akan disimpan di dalam ingatan dan dikeluarkan bila masanya tiba.